Friday, June 24, 2011

Sepi seorang gadis

Assalamualaikum...bonjour...



Tengok title macam insan yang sangat merana pula...haha...takdelah, sepi sebab aku keseorangan kat rumah, bertemankan laptop dan TV sebagai halwa mata dan telinga....huhu...Almaklum, ditnggalkan seorang diri di rumah...

Ape kerja aku sekarang ni???haha, memikirkan apa aku nak tulis..(maklumlah, bukan penulis blog tegar, hanya pembaca tegar sahaja...^_^)sambil membelek-belek status FB kawan-kawan....manelah tahu ade ilmu bermanfaat yang boleh dikongsi bersama-sama...

Petang tadi, kawanku yang menjadi inspirasi kepada langkah pertama perubahan diriku (of course dari yang tidak baik kepada yang lebih baik) mengupdate statusnya...dan inilah ilmu yang dikongsi olehnya,
Firman Allah bermaksud; "Mereka yang mensia-siakan solat dan mengikuti hawa nafsu kepada kejahatan, maka tetaplah mereka jatuh ke dalam satu telaga api neraka." (Surah Maryam: 59).
Ingatlah azab bagi orang yang melengahkan solat. Begitu juga,orang yang suka solat terutamanya pada akhir waktu menunjukkan mereka seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dalam menunaikan tanggungjawab kepada Allah s.w.t
Rasulullah S.A.W bersabda bermaksud:
"Seseorang yang melengah-lengahkan solatnya (walaupun dia mengqada’nya kelak) akan dimasukkan ke dalam neraka selama satu `uqub (80 tahun akhirat)"

Ini adalah topik yang paling banyak dibincangkan dari dahulu hingga kini tetapi adakah kita tergolong di kalangan orang-orang yang patuh atau orang-orang yang ingkar???Solat membawa pengertian yang sangat besar dalam kita menjalani kehidupan sebagai seorang manusia atau lebih tepat lagi hamba kepada Tuan Punya Dunia iaitu Allah S.W.T...
Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa kita seringkali mendahulukan hal keduniaan yang dirasakan lebih perlu diutamakan daripada solat. Sebab apa?(...........)

"oh, lambat lagi habis waktu, cerita ni kejap lagi habis lah....kalau tak tengok sampai habis karang, tak khusyuk pulak solat"pernah tak dengar ungkapan ini???haha, aku selalu dengar kot...ada pulak yang sengaja melambatkan satu waktu solat supaya dapat terus laksanakan solat yang seterusnya di awal waktu...contoh, asar pukul 4.30, "okey, aku solat Zuhur pukul 4.20 nanti senang, terus sambung asar"....(pulak) Tak pernahkan terfikir, kalau kematian menjemput kita diantara waktu tersebut,tidakkah ia sia-sia? Sebagai suatu kewajipan yang ditetapkan oleh Allah S.W.T, tidakkah kita perlu patuh dan bersungguh-sungguh dalam mengerjakannnya?Kita kadang-kadang lebih patuh kepada perintah manusia daripada perintah Allah...contoh yang paling kerap aku dengar ialah daripada insan yang bergelar pelakon, (mestilah Islam)..."oh, saya pakai seksi-seksi ni sebab pengarah yang suruh, kehendak watak...so, kerja, saya kena profesional" =(
Hey, kalau yang Allah suruh pulak camne????..."emmm, itu antara saya dan Allah"...

Ya, aku akui, kita sebagai manusia tidak layak untuk menghakimi manusia lain,tetapi salahkah untuk menegur????... kadang-kadang akan timbul rasa geram bila berhadapan dengan perkara-perkara sebegini...Ya, lebih baik kita mendoakan dari terus-terusan mengeji...InsyaAllah...^_^ , (tetapi lebih baik tegur sebelum parah kot)
(carilah titik mula untuk merubah perkara ini....(Ini adalah pesanan untuk diriku sendiri yang kadang-kadang alpa dan lalai). Memang IMAN sentiasa berubah...Umpama berubahnya musim di bumi Andalusia. Namun mari kita berusaha, untuk sentiasa 'meletakkan' IMAN di musim bunga...sentiasa mekar =)(by F.A)

Berubahlah menjadi hamba Allah yang lebih baik. Semoga perjalanan tersebut diiringi rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. Jika sebelum ini kita hanya mengingati-Nya apabila ditimpa kesusahan, berubahlah menjadi hamba yang sentiasa mengingati-Nya....SENTIASA, selagi nafas belum terhenti....
Wallahua'lam....

p/s: aku insan yang sentiasa mengharapkan keampunan daripada Allah S.W.T....
meski ku rapuh dalam langkah...kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa...hanyalah padaMu
maafkanlah bila hati, tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya diriMu yang bertahta..
(by F.A...TQ dear F, kamu telah membawa hatiku bersama di atas jalan yang kamu pilih kini, semoga aku tidak kalah di pertengahan...InsyaAllah, Amin)


Nah, lirik lagu HambaMu...^_^

Ke arah satu perjalanan
Dalam sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi
Hasrat murni di dalam hati

Usaha dengan doa,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

C/O
Suluhkan cahaya di hati terang
Tunjukkan jalan
Seandainnya hilang
Tegakkan perjalanan
Yang bakal ditempuh

Tegakkan semangat bila runtuh,
Setibanya disisimu ku berserah,
Terimalah ku
Hamba mu Allah

Owh ho owh ho
Hambamu Allah…..

Sekiranya takdir menguji
Cekalkan hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus azam

Usaha dengan doa ,
Masanya akan tiba
Dengan restu Illahi
Kelak pasti akan ditemui

1 comment:

NorIzzati said...

menarek2 ..

melengahkan solat, nmpak remeh, sbb org slalu fikir "laa, bknnya aku x solat .. lmbat sket jek"

tima kasih atas peringatan ..

teringin nk kenal dgn miss F gak ..

=p